Segala aktiviti saya sepanjang tahun akan dipaparkan didalam blog ini.. semoga anda semua terus menyokong saya didalam memperjuangkan Dakwah Islamiah..

Jumaat, 7 Oktober 2011

PERLIS KEARAH SEBUAH NEGERI BERDAULAT oleh Seif Jamalullail


PERLIS KEARAH SEBUAH NEGERI BERDAULAT

oleh Seif Jamalullail 



oleh Seif Jamalullail  ptg
Pernikahan Syed Harun Jamalullail dengan  “Tengku Tunjong “  atau nama timangan Tengku Sofia ini juga tidak diberikan zuriat oleh Allah swt padahal putri ini sangat suka akan kanak-kanak, maka dengan rela hati membenarkan suaminya menikah sekali lagi dengan Wan Fatimah (Wan Fatam) dengan bersyarat. Wan Fatimah juga adalah seorang anak kepada seorang pembesar yang berkhidmat dengan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah iaitu Wan Abdul Rahman bin Dato Johan Lela Perkasa yang mana  Dato Johan ini berasal dari Ujong Salang.

Syarat yang agak berat itu diterima oleh Syed Harun dan Wan Fatimah, iaitu sekiranya mereka dikurniakan anak, Tengku Sofia akan mengambil anak tersebut untuk dipelihara sebagai anak angkat merangkap anak tirinya. Pada 1805M bersamaan 1221 Hijrah lahir seorang putra dari kandungan Wan Fatimah yang diberi nama Syed Hussain bin Syed Harun  Jamalullail. Setelah habis pantang bayi ini diserah kepada ibu tirinya untuk dipelihara seperti yang telah disyaratkan. Bayi tersebut ditatang dan di didik  dengan penuh manja dan mesra.  Sultan Dhiauddin juga begitu kasih dan sayang  akan Syed Hussain yang dianggapnya seperti cucu kandung baginda.

- - Tapak Istana Prmerintahan Kayang Tempat Baginda dibesarkan - -

Membesarlah Syed Hussain dengan penuh kasih cinta  oleh sekelian kerabat Sultan Dhuauddin serta kaum keluarga  Dato Johan Perkasa yakni keluarga ibu kandungnya. Sejak kecil lagi Syed Hussain terdidik dalam suasana sekelilingnya kerabat diraja dan para pembesar negeri.
Apabila  usianya menginjak dewasa, bakat kepimpinan dari baka Sayyidina Ali bin Abi Tholib  ini mula menyerlah sehingga beliau diangkat menjadi Penghulu Mukim Arau  yang kedua diusianya baru menjengah 20 tahun setelah kemangkatan ayahandanya Syed Harun pada 1825M, seterusnya dilantik menjadi  seorang “Gabenor”  pada tahun 1839M dan kemuncak pengangkatan yang tertinggi dimilikinya adalah ditabal sebagai Raja negeri baru setelah melalui pelbagai rintangan sebagai kepala perang melawan tentera siam  berperang serta usaha dan proses  yang tidak terpikul oleh calang-calang orang.

Kebolehan serta taktik-taktik  diplomasi politik  Syed Hussain dalam mempertahan “Jajahan Perlis”  dari serangan dan pencerobohan Siam telah menyebabkan Perlis menjadi sebuah negeri yang terpisah dari Kedah. Sedihnya Setol  (Sathun, Selatan Thai)  tidak dapat diselamatkan dan hinggga sekarang Setol ditadbir oleh Siam.  Setelah proses panjang yang menyulitkan,  bagaimanapun masih dibawah penguasaan Siam dengan syarat-syarat yang termaktub dengan harus membayar ufti kepada Siam setiap tahun.


- - Makam Tengku Dhiauddin Mukarram Shah Terletak di Kuala Perlis - -

Pada tahun 1839, Jajahan Perlis dinaikkan tarafnya oleh pihak Siam sebagai sebuah “Negeri Perlis” dan pada ketika itu Syed Hussain dilantik menjadi Gabenor pertama  selepas Perlis menjadi sebuah Negeri. Pelbagai peristiwa penting berlaku dinegeri Perlis sepanjang beliau menjadi Gabenor dan kemuncaknya pada 1843 beliau ditabal menjadi Raja yang Pertama dari Qabilah Jamalullail yang memerintah negeri Perlis diusia baginda 38 tahun.
Pada period yang bersamaan dengannya Tuanku Syed Hussain Jamalullail memerintah negeri Perlis, manakala Tengku Anum memerintah negeri Kubang Pasu (ketika itu sebuah negeri), Tengku Muhammad Akib memerintah negeri Setol (Sathun) dan Tengku Zainal Rashid memerintah negeri Kedah. Walaupun hubungan diplomasi antara raja dan sultan empat buah negeri ini tidak rapat, akan tetapi mereka mempunyai hubungan kekeluargaan yang kuat. Jika disemak dari cerita sebelumnya secara ringkas dapat diterangkan Syed Harun (ayahanda  Tuanku Syed Hussain) berkahwin dengan sepupu Tengku Anum (Raja Kubang Pasu) iaitu Tengku Sofiah (ibu tiri Syed Hussain) dan perkahwinan Syed Hussain yang kelima, baginda telah berkahwin dengan Tengku Nur Aisyah binti Tengku Long Puteh (dua pupu Syed Hussain).

Setelah ditabal menjadi Raja Perlis, baginda memperkemaskan pemerintahannya dengan melantik adindanya sendiri Syed Abdullah bin Syed Harun Jamalullail bagi memegang jawatan sebagai  Raja Muda Perlis. Sementara Dato Arau (Muhammad Arshad bin Muhammad Yunus @ Awang) adalah orang kanannya dan juga bapa mertua baginda sendiri setelah berkahwin dengan anak gadisnya yang bernama Che Sofia binti Muhammad Arshad yang dijadikan isteri baginda yang pertama. Hubungan Awang dengan Syed Harun (bapa Syed Hussain) diperkuatkan lagi dengan perkahwinan ini dan status Awang juga “terangkat” setelah menjadikan Raja Perlis yang pertama ini sebagai menantu beliau. Awang mendapat gelaran Dato Arau kerana rapatnya hubungan dengan Syed Hussain dan beliau juga adalah antara orang kuat yang mencorak pentadbiran negeri Perlis dari zaman Syed Harun hingga kepada ketika itu.  Jasa dan pengalaman Awang sangat banyak dan sangat layak untuk mendapat honor. Anugerah tertinggi Awang sehingga digelar Dato Arau adalah “ Dato Belat Paduka Seri Perdana Menteri”  gelaran ini adalah setaraf Menteri Besar dewasa ini.

Hasil penyatuan jiwa antara Syed Hussain dengan Che Sofia anak Dato Arau ini, telah melahirkan Syed Ahmad yang nantinya ditabal menjadi Raja Perlis yang kedua. Dato Arau bukan sahaja menjadi mertua kepada Syed Hussain, malah beliau juga telah berkahwin dengan adik menantunya sendiri iaitu Syarifah Aisyah binti Syed Harun Jamalullail. Begitulah uniknya pertalian kekeluargaan Dato Arau dan Kerabat Diraja Jamalullail Perlis. Tidak hairanlah jika r amai kturunan Dato Arau disekitar Arau dan Gial pada ketika ini. Begitulah hubungan kekeluargaan  Dato Arau dengan keluarga Diraja Perlis yang akhirnya cucunya sendiri yang menjadi Raja memerintah negeri Perlis.

- - Makam Syed Hussain Jamalullail. RAJA PERLIS 1 - -

Diera pertama inilah Perlis dimasyhurkan kembali  dengan gelaran “Indera Kayangan” yang diambil dari nama Kota Kayang, dimana disanalah istana Sultan Dhiauddin Mukarram Shah mendidik dan membesar baginda semasa masih bayi lagi.
Setelah bernaung selama lima tahun dibawah  pertuanan Chulalongkorn dan setelah memerintah negeri Perlis selama 30 tahun, Tuanku Syed Hussain mangkat di Istana Arau pada 21 November  1873 bersamaan  1 Syawal 1290H ketika umat islam merayakan hari raya aidilfitri. Baginda disemadikan dimakam Diraja Arau. Makam baginda adalah berkembar dengan Masjid lama.



Seif Jamalullail.
PENULIS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

malam kesenian islam

malam kesenian islam
malam kesenian islam