Segala aktiviti saya sepanjang tahun akan dipaparkan didalam blog ini.. semoga anda semua terus menyokong saya didalam memperjuangkan Dakwah Islamiah..

Khamis, 18 April 2024

Dilema Seorang Dalang (Samudera)

lagu Ciptaan: Syed Samudera / Lirik :Siso

Arjuna tidur Sita Dewi dah bermimpi
Dalang tua keletihan dalam dilema
Esok adakah tabuhkan berbunyi lagi
Panggung usangkan berseri atau sepi
Satira warna seri wajah Sita Dewi
Tidak lagi menjanjikan kepuasan
Budaya ini nazak dan menanti
Terkubur tanpa tanda
Damai Arjuna tak bertarung lagi
Rawana dah terkunci
Bilakah lagi akan dibangkit kembali
Arjuna dan Sita Dewi dari mimpi
Esok yang pasti
Panggung dah tiada lagi
Dalang tua dah menyepi...
Dah menyepi
Dalang tua dalam dilema
Panggung usang semakin sepi

Khamis, 17 Ogos 2023

Lirik Jalan Cahaya

                                                                Jalan Cahaya

 

Aku terkesima disini

Menyuluh mencari diri

Tersedar pada sifat Rabbi

Terjumpa Roh dan jasmani

 

- Mencari Aku Cahaya Abadi

Dari jasad yang ku tumpangi

Akan ku basuh kekotoran Hati

Agar terbuka jalan untuk kembali…

 

- Yang Hidup Yang mengetahui

Yang mendengar yang melihat

Yang berkuasa yang berkehendak

Yang berkata ku pulangkan Hak Mu.. Ya Allah

 

- telah terbuka hijab pintu ku

Pimpinlah aku menuju Mu

lagu/lirik: Tuan Haji Rozman

 - Album Jihad Syed Samudera

Khamis, 15 Jun 2023

FrentastiX - WIRA HAKIKI - Official Music Video + lirik

 Alhamdulillah terimakasih kepada Tuan Hj Rozman selaku Boss/Ceo/Manager Loonaq records diatas kepercayaan kepada kami untuk menghasilkan singe terbaru kami Wira Hakiki. terimakasih juga kepada seluruh Team loonaq records dan semua yg terlibat da;am menghasilkan Single terbaru Band Frentastix 14 jun 2023 lagu berjudul : Wira Hakiki mohon semua sahabat2 dan Fans bantu support subscribe, LIke , Share n komen .. Video lirik dari kami Frentastix.. sokongan anda amat dihargai sekian terimakasih

😍😍😍😍😍🥰😇

Sabtu, 26 November 2022

FrentastiX Band

Alhamdulillah ..
akhirnya Sebuah band yang saya sendiri mengasasnya,,, FrenTastiX diberi nama . 
terdiri dari 4 orang anggota
1) Syed Samudera ( gitar Vokal )
2) Putera FiQ ( Lead Gitar )
3) Ku Joe ( Bassist ) 
4) Eddie ( Drummer )
genre muzik : rock n Roll , Rock Balada
semua Ahli berasal dari Utara Semenanjung Malaysia ( kedah ) 
semoga kehadiran kami dapat mewarni seni muzik tanahair.
Terimakasih kepada semua yang telah menyokong kami 
Terimakasih









 









 

malam kesenian islam

malam kesenian islam
malam kesenian islam