Segala aktiviti saya sepanjang tahun akan dipaparkan didalam blog ini.. semoga anda semua terus menyokong saya didalam memperjuangkan Dakwah Islamiah..

Jumaat, 25 Mac 2011

fadhilat mencintai Albaits..

Mencintai Keluarga Nabi Muhammad S.A.W. Termasuk Dari Kesempurnaan Iman..

1. Hanya Ahli Bait Nabi s.a.w. saja yang diwajibkan kepada umat Islam mencintainya kerana Allah dan Rasul-Nya. Para ulama telah menetapkan hukum ini dalam kitab-kitab dan karangan-karangan mereka dalam bab itu berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul Muttalib Bin Rabi'ah Bin Al-Harith Bin Abdul Muttalib bahawa Al-Abbas Bin Abdul Muttalib r.a. mendatangi Rasulullah s.a.w. dalam keadaan marah sedang saya berada di sisi baginda maka Rasulullah bertanya: "Apa gerangan yang menjadikan kamu marah?". Dijawab, "Ya Rasulullah apa salah kami, mengapa orang-orang Quraish bila bertemu dengan sesama mereka dengan muka manis dan bila bertemu dengan kami tidak demikian?". Lalu marahlah Rasulullah s.a.w. sehingga merah wajahnya kemudian bersabda: "Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaan-Nya, iman itu tidak akan masuk ke dalam hati seseorang sehingga ia mencintai kamu kerana Allah dan Rasul-Nya", seterusnya sabda baginda: Wahai sekelian manusia, siapa mengganggu bapa saudaraku maka telah menggangguku kerana bapa saudara seseorang itu setaraf dengan ayahnya". Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Al-Hakim yang mengatakan hadis hasan sahih riwayat Ahmad dan Al-Hakim serta riwayat yang serupa dari Ibnu Majah dari jalur Muhammad Bin Ka'ab Al-Qardhi dari Al-Abbas r.a. Kemudian Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berhujah dengan hadis ini yang sengaja tidak kami sebut supaya tidak terlalu panjang.

2. Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis yang telah disahihkan dan diikuti oleh Az-Zahabi dengan dua jalur kepada Hisham Bin Yusuf dengan sanadnya kepada Ibnu Abbas r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Cintailah Allah kerana nikmat yang telah dikurniakan kepada kamu, cintailah aku kerana cintamu kepada Allah dan cintailah Ahli Baitku kerana cintamu padaku." Berkata Al-Hakim: "Hadis ini sahih sanadnya sekalipun tidak diriwayatkan oleh keduanya tetapi disahihkan oleh Tirmizi". Kata Az-Zahabi; ia sahih dan disahihkan pula oleh Al-Hafiz As-Sakhawi, Ibnu Hajar Al-Makki, Al-Azizi dan selainnya.

3. Al-Baihaqi menyebutkan dalam sunannya dan begitu juga yang lain sebuah hadis yang berbunyi: "Tidak beriman seorang hamba sehingga menjadikan aku lebih dicintai dari dirinya, menjadikan turunanku lebih dicintai dari turunannya dan zatku lebih dicintai dari zatnya sendiri". Diriwayatkan oleh At-Tabarani dari Abdul Rahman Bin Abi Laila dari ayahnya.

4. At-Tabarani menyebutkan dalam Mu'jam Al-Kabirnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang mencintai kami kerana keduniaan maka ia akan dicintai oleh pemilik sama ada ia baik atau jahat, dan siapa mencintai kami kerana Allah maka dia dengan kami laksana ini (Baginda s.a.w. menunjukkan dari telunjuk dan jari tengahnya)". Al-Hasan Bin Ali r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Siapa mencintai suatu kaum kelak Allah himpun dia bersama-sama golongannya". Disebut oleh At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir dari Ibnu Qursafah. Kemudian sabda baginda s.a.w.: "Siapa mencintai Al-Hasan dan Al-Husain maka sungguh ia mencintaiku dan siapa membencinya maka sungguh ia telah membenciku". Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.

5. Al-Abbas Bin Abdul Muttalib berkata: Telah bersabda s.a.w.: "Mengapa kaum-kaum yang berbincang itu tiba-tiba menghentikan pembicaraannya bila melihat salah seorang dari Ahli Baitku? Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya iman tidak akan masuk ke dalam hati seseorang sehingga ia mencintainya (Ahli Baitku) kerana Allah dan kerana mereka itu kerabat aku", riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim, Ar-Rawiyani, At-Tabarani dan Ibnu Asakir.

6. Ali Bin Abi Talib k.w. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Didiklah anak-anak kamu diatas tiga perkara: mencintai nabimu, mencintai Ahli Baitnya dan membaca Al-Qur'an kerana pembawa-pembawa Al-Qur'an itu berada dalam lindungan Allah di Hari Kiamat pada hari dimana tiada perlindungan melainkan lindungan-Nya bersama para Nabi dan orang-orang pilihan-Nya". Diriwayatkan oleh Ad-Dailani dalam Musnad Al-Firdaus, Abu Nasr Abdul Karim As-Syirazi dalam Fawa'idnya dan Ibny An-Najjar.

As-Syafi'e berkata dalam Diwannya muka surat 72 cetakan As-Sya'biah Beirut:
Wahai keluarga Rasulullah!, mencintaimu adalah suatu kewajiban yang ditetapkan Allah dalam Al-Qur'an yang telah diturunkan-Nya".
Cukup menjadi suatu kemuliaan bagimu bahawa siapa yang tidak berselawat padamu maka tidak sah solatnya.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum...wrt,

    Seluruh ummat Islam yang mengaku sebagai Muslim dan ummat Nabi Muhammad SAW seharusnya berusaha bersungguh-sungguh mencari, memuliakan, melindungi dan berdamping dengan Ahlul-Bait. Dengan memuliakan dan berdamping dengan Ahli Keluarga Rasulullah SAW insyaAllah kita akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW dan mendapat Rahmat dari Allah SWT di Dunia dan Akhirat.

    BalasPadam
  2. Aminn.. semoga Allah SWT merahmati kita semua dan seluruh ummah..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

malam kesenian islam

malam kesenian islam
malam kesenian islam